Monday, 1 August 2016

MURAL (Part 2)

Assalammualaikum..

((http://syiqinsidek.blogspot.my/2016/06/oh-my-mural-part-1.html bagi yang belum baca part 1^^))

Untuk Mural Part 2 ni, aku akan ceritakan tentang pengalaman dan proses melukis mural kedua aku..

Al- hamdulillah.. untuk projek yang kedua ni kitaorang dapat buat mural dinding *tepuk tangan* yayy
Tak ada lagi masalah orang nak keluar masuk, nak panjat-panjat kerusi dan bergerak-gerak.

Okay, untuk mural ni kami diberi tema! Temanya ialah.........

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA

atau lebih dikenali sebagai PT3. Mural ni khas untuk adik-adik yang bakal menduduki PT3. Semoga Adik-adik rajin mengulangkaji pelajaran seperti doodle yang akak lukiskan tu.. Aamiin..

PROSES

1. Cat Emulsion

Dinding tu perlulah di cat putih menggunakan cat Emulsion

Bak kata cikgu Jura, cat Emulsion ni macam 'liquid paper'.
Kegunaannya adalah untuk memadam lukisan atau apa-apa warna yang ada pada dinding tu sebelum di cat balik.


Ni gamba selepas di cat emulsion yang memerlukan dua layer

To be honest.. kitaorang lupa nak tangkap gamba sebelum buat ni =.='' Yang gamba ni pon , esoknya baru kitarang tangkap gamba sebab memang tak ingat langsung nak tangkap gamba >.<

2. Sketch!

hmm. yang ni just sketch je lah dulu sebelum nak mengecat..

okay yang ke 3

3. Warna (buat tulisan)


Hah tgk ni! dah Start colour background baru ingat nak tangkap gamba! 
(mohon abaikan tangan tu XD)


Yang 'pentaksiran tingkatan 3' tu kitarang x gunakan apa-apa blok tulisan. Guna sebuah buku dan sehelai kertas sahaja. Tak tahu lah nak explain macam mana. Kalau tengok sendiri lagi senang. Tapi malas pulak nak buat video atau tangkap gamba. Kalau ramai request baru aku buat.

Background mural ni aku buat warna kuning cair sikit. Sudah terang lagi bersuluh aku campurkan cat kuning dengan cat putih untuk cair(?) kan warna kuning tu

4. Back to Emulsion!




Kan dah warnakan latar belakang dengan warna kuning. Jadi, untuk tindih warna tu aku guna lah cat emulsion.
Gamba bila dekat, bahagian aku

Dari awal aku memang tak ada niat nak buat ni bewarna. sebab tu guna cat emulsion. Kalau nak warnakan, aku tak akan cat kuning, biar putih je. Macam yang bawah "Pentaksiran tingkatan 3" tu

Dan yang gambar tu, aku cat bentuk rangka je baru lukis guna permanent marker pen. Aku tak sketch dulu.

Bahagian Neily


5. Mewarna

Mula dengan awat PT3 yang menggunakan 3 warna. Dari biru pekat hingga biru cair.

AMARAN!!

Setiap warna yang di gunakan memerlukan sekurang-kurang 2 layer

It's not an easy task.. :0




Lepas tu.. warnakan pulak monster/ android/ apa benda lah entah benda tu hahaha
Serious! Aku pon tak tahu apa nama benda tu. Budak-budak yang lalu, tanya aku pon apa benda tu aku senyap je tak tahu nak jawab apa XD


Haa nampak tak. another kenyanyukkan melanda.
Dah start colour buku baru ingat nak tangkap gamba




Warna buku ni di inspirasikan oleh buku teks tingkatan 3 walau pun tak sama 100%

Okay meh sini nak cite di sebalik takbir sikit.

Asalnya kitaorang nak buat yang pegang buku tu orang.. chibi style ke. 
Tapi masalahnya, kitaorang tak reti lukis orang XD dan kalau buat pun, nanti jadi tak lawa sebab gaya lukis kiterang tak sama. Yang 'bende' tu pon nampak gak lah beze dia. Belah kanan dari purple hingga ke oren tengah tu aku yang lukis. Yang 4 lagi Neily. Boleh nampak, aku punya kepala bujur sikit dan tinggi. Neily lebar dan rendah. 


Yang lukisan atas tulisan, dari A dalam bulat hingga ke hujung kanan aku lukis
Yang kiri Neily


Dan bahagian kiri yang asalnya putih tu pun aku lukis

Sejujurnya.. aku pun tak ingat kenapa lukisan aku ada banyak. Mungkin waktu tu Neily tengah warnakan awan PT3 (belah kiri) dan aku dah siap warna (belah kanan). Jadi aku lukis je lah dan memandangkan aku ada idea.


Gambar yang dah siap <3


HALANGAN


Masalah/ halangan pertama sekali nak buat mural ni ada lah....

1. Cuaca

Nak explain ni kalau tengok gamba lagi senang. Di sebabkan aku rasa korang ni malas nak scroll atas, aku letakkan gambar kat bawah ni untuk  buat pembandingan


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Nampakkan keluasan tempat berlindung a.k.a bayang-bayang. 

Gambar 1 tu dalam pukul 8-9 mungkin. Memang tak panas lah waktu ni. 

Gambar 2 tu dalam pukul 11 lebih dah nak pukul 12. Kalau pukul 12 matahari tengah terpacak atas kepala, memang panas lah kepala aku. 
Lepas seminggu buat mural terus demam. Asyik duduk bawah panas aje. Cikgu siap sampai nak cari payung untuk kiterang tapi kiterang berkeras tak nak. Belum lagi setiap cikgu yang lalu tanya, "tak panas ke". Hanya mampu senyum untuk membalas pertanyaan cikgu-cikgu :') 

Gambar 3 ni pukul 1-2

hmm.. aku rasa cuaca je lah halangannya. Masalah warna tak sebab kali ni kiterang dapat warna biru!
Jadi keseluruhan ada warna 
  • Putih
  • Hitam
  • Biru
  • Kuning
  • Merah
  • Hijau

Okay, sampai sini je lah entri ni. 

Assalammualaikum...


Friday, 3 June 2016

MURAL (Part 1)

Assalammualaikum...

Untuk entri kali ni, Aku nak ceritakan pasal pengalaman & proses melukis mural.

Lepas habis SPM, aku cuba cari keje part-time tapi x ade :( Mungkin sebab aku habis SPM lambat. 2 Dec baru habis. Kos lain ade je yang dah habis bulan Nov. Tak de rezeki nak dapat upah tetap la nampaknya..

Di sebabkan x de bende nak buat, aku pon sambung lah mural dekat pintu bilik seni (dekat sekolah) yang dah tergendala sebelum SPM lagi.

PINTU BILIK SENI


Pintu ni, Cikgu jura (cikgu bilik seni) dah cat putih guna cat kapur awal-awal. Cat kapur ye, bukan car minyak walaupun cat minyak guna untuk kayu.

Aku  buat mural ni dengan partner tercihinta aku yang setia dengar bebelan dah sabar je bila aku tak puas hati dengan lukisan die hehe


                                        *ada part yang kitrg cat putih balik sbb x lawa*



Yang belah kiri tu part aku, kanan Neily (partner). Tapi bahagian Neily tu aku selalu gak tolong die buat sebab die buat lambat XD
Tengok tu dalam gamba! Aku dah siap die banyak kosong lagi

Untuk mural pintu ni, x de apa sgt yg nak di ceritakan pasal proses buat. Sebab kiterang datang, Ambil cat, brush, pallete dan air

Dah ambil semua barang kiterang buat je lah haha . Kiterang pulak memang jenis tak lukis guna pensel dulu. Kalau ada pon untuk sketch bulat ke nak bagi bulat betul.

Art block tu memang selalu terjadi, selalu tak ade idea nak lukis apa lagi. Tapi sekarangkan zaman IT, semua bende dekat hujung jari. Apa lagi, kiterang pon mulakan lah projek menggoogle untuk cari idea hehe

Aku tak ingat berapa lama kiterang ambil masa nak buat mural ni.. mungkin 3-4 minggu. Tu pon sebab ada hari kiterang x dapat datang.



Setiap kerja messti ada halangannya kan? Buat mural ni pon ada beberapa halangan untuk siapkan.

1. Pilihan Warna

Warna cat yang di sediakan x byk. Warna yang ada cuma putih, hitam. merah, kuning, hijau.

Waktu tu kiterang memang berharap sangat ada cat warna biru. Tapi sampai habis x de. Terpaksa guna cat buncho biru. Cat buncho ni utk lukis potret. Jadi die mmg pantang kalau kene air. Tapi di sebabkan kitrg akn spray pintu ni guna spray ap nth x ingat. Spray tu akn buat die tahan lama, warna x luntur. Jadi boleh lah guna cat buncho


Tapi, sudah pasti lah kiterang berjaya menghadapi halangan kekurangan warna, Caranya senang je, campurkan aje lah warna primer untuk hasilkan warna sekunder. Maka terhasil lah warna ungu, jingga, pink, hijau cair hijau pekat.

Kalau salah seorang kiterang tgh campur cat, mesti salah seorang akan cakap
"oii.. tengah masak apa tuu"
hahaha

2. Pintu ?-.-''

Dah nama pon pintu, mana boleh biar tertutup, tak bergerak. Lagi- lagi bila ada kelas nak guna bilik seni. Ade je yang keluar masuk keluar masuk. Itu sangat mengganggu kiterang terutama bila tengah buat part atas sebab kene panjat kerusi. Lepas tu, ade je yang main tolak je pintu tu (dari dalam) waktu kiterang tengah buat keje. Aish.. sabar je lah

3.Cuaca

Kalau panas, kiterang x kene pon sinaran matahari tp berpeluh- peluh itu sudah pasti.
Masalah dia sebenarnya bila hujan! Memang terbantut lah keje kiterang

Tapi sepanjang buat mural ni penah sekali je hujan ^^"


Itu aje lah kut halangan.
kalau orang lalu lalang tu memang tak boleh nak buat apa lah sebab tu memang laluan untuk ke tandas perempuan.


Alatan yang kiterang guna ialah brush, pallet, cawan (nak letak air), marker pen, dan cat pelaka




Cat pelaka ni kalau dah bukak, kene guna sampai habis. Kalau tak dan tak guna untuk jangka masa lama, maka nescaya akan berkulat lah cat tu. Kiterang kalau ambil cat memang akan bukak dulu tengok elok ke tak. Bila bukak tgk berkulat tu mmg x leh nak kata apa dah. Dengan baunya, dalam bekas tu penuh dengan kulat lagi. Cat ni pon ad je yang kat bahagian ats tu minyak bawah tu baru cat. Kalau ada cat lain yang elok, kiterang tak akan ambil cat tu sbb walaupun dah gaul bagi bercampur balik, cat tu akan cair. Nanti kene buat layer banyak kali.





                                                              *Tadaa!! Dah siap ^^*

Upah mural ni memang tak bayak. Tapi dia lebih dari jangkaan aku so aku bersyukur sangat. Dah lah setiap hari cikgu Jura bagi duit makan.

Thank you Cikgu Jura, Love youuu

Lastly, best lah buat mural ni sebab aku dapat jumpa cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu <3

Okey, ini je untuk part 1.

(( http://syiqinsidek.blogspot.my/2016/08/oh-my-mural-part-2.html Part 2 ^^)


Assalammualaikum...



Tuesday, 31 May 2016

Welcome To My Blog !

Assalammualaikum..

Pada tarikh ni, buat pertama kalinya aku ada blog!

Sebagai orang baru dalam dunia blogger ni, sudah semestinya aku tak reti lagi nak guna blog ni jadi awal- awal aku nak mintak maaf. Beri aku masa untuk belajar.

Ada kemungkinan besar yang aku akan jarang active di sebab masalah internet. Maklum lah, aku ni pakai data je huhu . Dan mungkin sebab aku tak tahu nak post apa hmm

Untuk post yang pertama ni, aku akan cerita sikitttt je pasal aku . 
Okay, nama aku Nur Asyiqin. bt Sidek. Aku lagi suka orang panggil aku Syiqin.
I like to do art and I even have an Instagram acc where I share my art on it. Ecewah speaking pulakk haha . hmm.. tu je lah kot. Sikitkan?  Aku dah cakap dah..

Tu aje lah kut untuk first post ni

Kalau ada soalan sila lah tanya, In syaa Allah akan balas

Bye, Assalammualaikum