Setelah sekian lama post ni duduk dalam draft, blog aku pon dah bersarang
dah lama tak menulis.. rasa.. kaku..
aku nak minta maaf awal-awal kalau bahasa aku susah untuk difahami, akan aku cuba yang terbaik π dan cuba untuk menulis seringkas mungkin
okay hmm Interview aku jatuh pada tarikh 24 April 2016. Aku dapat tahu yang aku dipanggil untuk interview ni seminggu sebelum tarikh interview dan bertempatkan di UiTM Shah Alam.
Dalam masa seminggu tu apa yang aku buat?
Aku cuba untuk melukis bentuk-bentuk geometry sebagai persediaan untuk ujian melukis.
Untuk interview pula, aku baca tentang interview. Pengalaman penulis blog yang lain tentang interview di UiTM.
Aku juga sediakan beberapa soalan yang mungkin akan ditanya.
24 APRIL 2016
Interview di adakan di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Sampai je dekat fakulti tu aku terus pergi daftar. Bukan buat apa pun, tanda tangan je, dan dapat sehelai kertas... aku tak ingat tu kertas apa tapi kalau tak silap aku tu checklist apa yang perlu bawa.
Lepas daftar aku disuruh pergi ke ruang menunggu. Ada khemah disediakan tetapi untuk yang bakal di interview sahaja. Ibu bapa perlu duduk di tempat lain. Dekat situ lah kau nak buat kawan ke berkenalan ke, kut kut lepas dan dapat masuk UiTM sama-sama.
Setahu aku kos archi ni ada dekat 3 tempat je. UiTM Shah Alam, Puncak Alam (selangor) dan Seri Iskandar (Perak). (aku bercakap untuk UiTM je ye, U lain tak tahu)
Rule interview ni senang je, kalau nak habis cepat duduk depan, kalau rasa nak bertenang dulu takut menggelabah sebab cepat sangat, duduk tengah atau belakang, macam aku π
Dekat khemah tu aku di beri nombor giliran untuk ujian melukis.
UJIAN MELUKIS
Kitaorang di bawa ke satu dewan kuliah, dalam tu ada dua meja satu meja diletakkan di depan sekali dan lagi satu di tengah-tengah dewan. Kami juga di arahkan untuk duduk selang satu meja dari orang sebelah. Selepas semua orang duduk, kami dikehendaki untuk mengisi borang yang telah diberikan.
jap.. kaku sangat aku menulis ni
Haih, apa apa pun. Alatan yang dibenarkan untuk ujian melukis ni hanya pensel 2B dan pemadam. Pensel lain-lain gred dan pembaris di haramkan. Kertas disediakan
Hah, lupa nak bagitahu. Apa yang diletakkan di atas meja di depan dan ditengah dewan?
Sebuah silinder, piramid, dua biji bola, cube dan cuboid. Itu lah objek yang akan kau lukis.
Masa yang diberi hanya satu jam. Aku manfaatkan satu jam tu sebaik mungkin. Siap awal pun selagi ada masa touch up!
INTERVIEW
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya nombor aku di panggil. Jantung aku masih berdebar bila ingatkan balik... Perasaan tu.. hanya Allah je yang tahu. Waktu on the way ke bilik temuduga aku berdoa supaya di permudahkan urusan dan supaya dilembutkan hati panel tu.
Dalam bilik interview tu..
Sampai je dekat meja, aku disuruh menyerahkan Ic, sijil kelahiran dan sebagainya.
baru lah di suruh duduk.
Okay, disebabkan aku nak habiskan post ni secepat mungkin, aku akan terus dengan sesi Q&A
(aku dah x sanggup nak ingat balik interview nii ππ£)
"Tell me about your family"
-sejujurnya aku x prepare soalan ni, aku prepare kalau dia tanya "tell me about yourself" dan aku penah baca dalam satu blog kalau dia tanya pasal kita jangan ckap langsung pasal orang lain.
Aku jawab aje lah, mula dari ayah aku sampai adik bongsu aku.
"Why do you choose architecture"
-I choose architecture because personally to me architect is more than a course to be studied. It's like a hobby where I can use all skill that I have on my design and a hobby where I will get paid.
dengar je pasal "get paid" terus dia gelak haha
"okay more?"
...
aku
senyap..
"What is Architecture?"
aku penah gugel jawapan ni tapi jawapan dia sangatlah erghhπ΅ jadi aku mengabaikan soalan tu.. tapi... ditanya...π
waktu ni aku dah nak tibai dah apa apa pun
"actually there is a lot thing about archi, kalau nak cakap pasal archi, satu hari pun tak habis, our life pun penuh dengan archi"
ni bukan kena marah ke atau dia tak puas hati ke. he's being nice to me. tak kerek, tak marah-marah, cakap pun elok-elok. waktu first quetion dia suruh aku relax, take my time π Al-hamdulillah
Dia tanya kalau aku ada bawak apa-apa portfolio
aku jawab ada dan keluarkan 3 sketchbook, 1 A4 size file, 1 folio keje khusus seni.
Aku amik peluang ni untuk cover balik soalan yang aku tak jawab.
Aku terangkan tentang lukisan-lukisan aku, al-hamdulillah ada yang dia suka.
πππ
Tu lah pengalaman yang aku taknak ingat atau lupakan.
dan ini juga lah titik permulaan aku..
sebagai pelajar senibina :)
p/s: Korang juga boleh cuba rujuk blog ni selain baca blog kak sophie π
https://www.infopelajar2u.com/tips-temuduga-senibina-uitm/
assalamualaikum bang, nak tanya. minggu depan saya interview,folio kena bawak yang kita buat kat sekolah jeke,ke ada yang lain
ReplyDelete